Huruf dan Abjad

Sebelum kemunculan pengangkaan Arab (Arabic numerals) pada sekitar kurun kelapan, sistem pernomboran abjad (alphabetic numbering) merupakan sistem yang biasa digunakan untuk tujuan pernomboran. Sistem ini wujud bagi kebanyakan bahasa pada ketika itu, terutamanya untuk bahasa-bahasa samawi (semitic), termasuklah bahasa Arab. Sistem dibawah ini boleh diibaratkan sebagai Roman numerals versi Arab dimana I, V, X dan L melambangkan 1, 5, 10 dan 50 dan seterusnya. Sama seperti itu, alif, ha, ya dan nun masing-masing melambangkan 1, 5, 10 dan 50 dan seterusnya.

ا – 1
ب – 2
ج – 3
د – 4
ه – 5
و – 6
ز – 7
ح – 8
ط – 9
ي – 10
ك – 20
ل – 30
م – 40
ن – 50
س – 60
ع – 70
ف – 80
ص – 90
ق – 100
ر – 200
ش – 300
ت – 400
ث – 500
خ – 600
ذ – 700
ض – 800
ظ – 900
غ – 1000

Penghafalan sistem yang sukar ini dimudahkan dengan mengelompokkan nombor-nombor yang berturutan bagi membentuk perkataan yang boleh dilagukan.

ابجد – abjad: 1–2–3–4
هوز – hawwaz: 5–6–7
حطي – hutthi: 8–9–10
كلمن – kalaman: 20–30–40–50
سعفص – sa’fash: 60–70–80–90
قرشت – qarasyat: 100–200–300–400
ثخذ – thakhidz: 500–600–700
ضظغ – dhazhagh: 800–900–1000

Perkembangan ilmu matematika pada kurun kedua dan ketiga hijrah amat pesat hinggakan tertubuhnya pelbagai pusat ilmuwan di serata dunia Islam. Ternyata, sistem pernomboran abjad tidak mampu menampung perkembangan ilmu bagi tujuan perhitungan yang kompleks, kerana penulisannya menjadi terlalu rumit. Penggunaan sistem ini menyorot dengan mendadak setelah sistem pengangkaan Hindu-Arab diperkenalkan. Sistem ini digunapakai secara meluas, hingga ke hari ini.

٠ 0 sifr صفر
١ 1 wahid واحد
٢ 2 ithnan إثنان
٣ 3 thalatha ثلاثة
٤ 4 arba’a أربعة
٥ 5 khamsa خمسة
٦ 6 sitta ستة
٧ 7 sab’a سبعة
٨ 8 thamaniya ثمانية
٩ 9 tis’a تسعة

Perkataan ‘abjad’ dalam bahasa Melayu mengambil nama dari empat nombor yang pertama dalam sistem Arabic alphabetic numbering, dan perkataan ‘huruf’ juga diambil dari perkataan Arab ‘haraf’ yang bermaksud single letter word.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *