Monthly Archives: July 2011

Eyes Like Rivers

Suasana pada malam itu sunyi, kesemua residen telahpun melelapkan mata. Mungkin aku saja yang masih terjaga, cahaya lampu bilik menerangi sebuah sudut di Massey. Sekali-sekala bunyi heater memecah keheningan malam. Aku menarik selimutku dari katil ke tempat duduk.

Kata-katanya pedih, menusuk kalbu. Susah aku menelannya. Bagai memakan ubat yang pahit, tak suka. Tapi aku tahan, dan menelan, mungkin ada kebaikannya untuk diriku.

Aku tau perkataannya benar, aku yakin. Tak pernah dia menipu aku sebelum ni. Dialah sebaik-baik sahabat, jujur dan tak berahsia. Maka aku terus memaksa mataku melirik ayat-ayat yang tertera pada muka itu. Aku membaca ayatnya dengan perlahan, satu per satu.

Ah, benci! Aku benci setiap untaian kata yang terukir, bukan sebab apa, tapi sebab kata-katanya tepat sekali mengena diri ini. Bukan janji manis kau berikan, tapi nasihat dan pedoman.

Kegelapan malam membaluti bumi Palmy, yang kian lama makin sejuk. Dari tingkap, musim dingin amat jelas kelihatan. Malam disinari sang rembulan purnama, dedaun kuning dan merah bertaburan di sekitar Tararua Hall, dan jendelaku dipenuhi frost.

Tapi disebalik tenteram yang nyata, hatiku menjerit penuh marah. Disebalik udara yang sejuk, darahku menggelegak dan dadaku membuak. Nafasku menjadi pantas, denyutan hati pun meningkat. Jemari seperti menggenggam bara api, geram, sekali lagi aku cuba menghadam mesej yang terkandung.

Aku tak tau kenapa lidahku terkelu, bibir terkunci. Mau saja aku meluahkan segala isi hati. Marah menjadi resah, aku menahan sebak. Mengapa susah sangat mahu menelan? Ya Allah, leraikanlah aku dari ikatan keresahan yang membelenggu jiwa dan fikiranku. Telah sekian lama air mata tak mengalir membasahi pipi.

Aku tak berganjak sedikit pun dari tempat duduk, walau hati ini diserbu seribu satu perasaan, ayatnya berjaya mengocak ketenteraman nurani, aku membeku. Lara, sedih, hiba, sayu, duka, kesemuanya berbekas dalam hati. Aku mahu menangis, tapi air mataku kehausan.

Kenapa tak keluar, aku pun tak tahu. Oh, mahal sangatkah tangisku ini? Bisik hatiku.

Sometimes I wish I hadn’t known. Things would have been much better that way. Your words, impetuously uttered, bleed my soul more profusely than a mighty sword could. It reminded me of what our Prophet used to say, “If you knew what I knew, you’d laugh little and weep much.”

Now I understand. There is much to know, but I cannot bear them now. And how I wished the Lutfi in the future could come to the present, give me a hug and tell me that everything’s going to be just fine. That would be reaffirming.

Anak mataku terlintas pada penulisan seorang alim yang pernah berkata, “When the heart becomes hard, the eyes become dry.” Saat itu jiwaku terdetik. Aku dapat merasakan sesuatu yang membanjiri dada, hampir melimpah, dan akhirnya air mataku berderai bagaikan butiran kaca tanpa henti. Aku melepaskan segala linangan yang telah sekian lama tak tumpah ke bumi ini.

Ya Allah please, if my heart has become hard as a rock, then moisten it ya Allah with the remembrance of death. That this life is transient and the next is everlasting. That this too shall come to pass. That unto you shall all my problems return. And that in the end, it doesn’t even matter.

Memang benar kau penawar, susah ditelan, tapi siapa sangka kau mudah dihadam. Sahabatku, Al-Quran.